Tuesday, July 19, 2011

tazkirah

Jangan hanya sujud ke sejadah saat susah.
Jangan hanya mengenal telekung saat sesak.
Jangan hanya memandang qiblat saat payah.
Jangan hanya teringat wudhu’ saat lemas.
Jangan hanya mengenal tasbih saat hanyut.
Jangan hanya memandang alam saat alpa.
Sayang yang tak kelihatan ada pada hati, letaknya iman.
Carilah sayang Agung itu. Agar sayang tak lagi palsu
.
ayat ni amik kt salah satu list friend kat fb.....
tersentuh bile bace......
ni da nak bulan ramadhan......
semoga dapat la sy pose penuh lagi thn ni amin................

Monday, July 11, 2011

Memerah Susu Ibu

Sebab-sebab perlu memerah susu ibu:
1.untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
2.bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramasa atau masalah oral
3.untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
4.puting payudara yang luka/melecet
5.meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu


1.Memerah dengan tangan ■memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
■basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
■sediakan bekas yang bersih dan steril
■lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
■boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
■buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
■melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
■tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
■buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
■tekan payudara ke belakang ke arah dada
■perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
■teruskan memicit sehingga susu keluar
■perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
■buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
■tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
■ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
■tukar ke payudara yang satu lagi
■urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
■perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
■setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

2.Memerah dengan pam payudara ■baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
■basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
■basuh tangan dengan bersih
■duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
■rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
■posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
■mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
■boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
■pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
■masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)




Panduan umum:
1.Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2.Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3.Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4.Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri,single pump atau double pump
5.Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6.Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7.Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8.Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi


Risiko yang mungkin dihadapi bayi tidak diberi Susu Ibu

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
■Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
■Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
■Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

2. Diabetes.
■Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
■SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

4. Masalah pernafasan.
■Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
■Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

5. Jangkitan telinga.
■Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
■Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

6. Kanser.
■Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

7. Jangkitan saluran pencernaan.
■Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
■Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.

8. Keberkesanan vaksin.
■Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
■Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
■(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

9. Perkembangan rahang dan otot muka.
■Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
■Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
■Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti
■Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).

Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]

Penyusuan Susu Ibu yang Berkesan

Apabila ibu-ibu menyusukan bayi, perhatikan tanda-tanda penyusuan ibu yang berkesan seperti berikut:
1.Tanda penghisapan yang berkesan1.hisapan perlahan dan dalam
2.nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan
3.dengar bunyi bayi menelan
4.hisapan cepat dan cetek

2.Kekerapan penyusuan1.susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuannya, “on-demand feeding“
2.sentiasa bersama bayi supaya boleh menyusukannya dengan kerap
3.minggu pertama – susukan bayi lebih kerap
4.bayi yang tidur lama (lebih daripada 2-3 jam) perlu digerakkan untuk disusukan
5.menyusu kerap pada waktu malam
6.purata penyusuan 8-12 kali dalam 24 jam

3.Tanda bayi mendapat cukup susu1.bayi berhenti sendiri apabila kenyang
2.penyusuan kerap 8-12 kali dalam 24 jam
3.kencing lebih 6 kali dalam 24 jam
4.kekerapan membuang air besar yang normal (4-8 kali dalam 24 jam)
5.bayi kelihatan puas, ceria dan kulit bayi sihat
6.payudara ibu penuh sebelum menyusu dan ‘ringan’ selepas menyusu

4.Memberhentikan penyusuan1.biar bayi melepaskan puting payudara dengan spontan
2.payudara kedua diberi selepas bayi selesai menghisap payudara pertama
3.berikan kedua-dua payudara secara bergilir selagi bayi hendak terus menyusu
4.jangan alihkan bayi dari payudara selagi dia sedang menyusu kecuali untuk membetulkan pelekapan
5.untuk memberhentikan pelekapan bayi, masukkan jari kelingking ke tepi mulut bayi untuk mengeluarkan puting payudara dari mulutnya


Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM

teknik penyusuan

Teknik Lekapan dan Penyusuan Susu Ibu.

Cara Merangsang Bayi Memulakan Penyusuan:
1.Dukung bayi dalam posisi yang selesa (rujuk posisi penyusuan ibu)
2.Sentuh pipi bayi agar dia berpaling pada payudara ibu
3.Sentuh bibir bayi dengan puting payudara agar dia mula membuka mulutnya dengan luas
4.Gerakkan badan bayi ke arah payudara ibu
5.Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola payudara
6.Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit bahagian bawah payudara ibu

Cara Mengampu Payudara:
1.Ampu payudara dalam keadaan Pegangan "C" (C-hold)
2.Ibu jari berada di atas payudara manakala jari-jari lain mengampu bahagian bawah payudara
3.Ampu dengan lembut, jangan memicit atau menekan payudara dengan kuat dalam keadaan ini

Teknik Lekapan Bayi:
1.Mulut bayi terbuka luas
2.Dagu bayi memcecah payudara
3.Bibir atas dan bawah melengkup keluar
4.Mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola
5.Pipi bayi menggelembung
6.Ada nada hisapan glup..glup.. hisap-telan-hisap-telan

Teknik lekapan dan penyusuan yang betul adalah penting kerana:
1.untuk mengelak kesakitan, luka atau melecet pada puting payudara ibu
2.memastikan bayi mendapat susu secukupnya dalam keadaan tenang
3.mengelakkan bayi meragam, putus asa dan keletihan
4.mengelakkan bengkak payudara ibu

Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM


masaalah penyusuan bayi..

Antara masalah biasa dialami wanita untuk menyusukan bayi :.

Puting Terbenam

Dalam sesetengah kes, perkara ini tidak akan menjejaskan penyusuan, terutama jika bayi boleh memasukkan seluruh bahagian areola (kawasan berwarna di sekeliling puting) kerana di sinilah terletaknya duktus susu. Bagaimanapun dalam kes teruk, bayi mungkin tidak dapat menyusu. Bagaimana untuk mengetahui jika anda mengalami masalah ini?



Caranya mudah, picit bahagian areola (kira-kira 2.5 sentimeter atau satu inci dari puting) perlahan-lahan. Jika puting keluar, bermakna anda hanya perlu memberi rangsangan sebelum menyusukan anak.



Sebaliknya jika puting tidak keluar, anda mungkin mengalami masalah ini. Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar seperti menggunakan pam khas dipanggil nipplet.Alat ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.



Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.



Wanita juga boleh menggunakan pam payudara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.



Puting Terasa Sakit dan Rengsa



Wanita yang ada masalah puting terbenam mudah mengalami kerengsaan puting. Anda akan berasa tidak selesa apabila puting 'tertarik' ketika bayi menyusu. Selain itu jika puting terbenam balik ketika penyusuan, ia memerangkap kelembapan dan boleh menyebabkan puting merekah. Bagi individu yang ada masalah ini, lap puting hingga kering selepas selesai menyusukan bayi.



Cara bayi menyusu yang tidak betul juga boleh menyebabkan puting terasa sakit. Usik mulut bayi dengan puting supaya mulutnya terbuka cukup besar untuk menyusu dan menghisap hingga ke bahagian areola dan bukan di puting saja. Jika anda berasa selesa dan tidak sakit, bermakna kaedah digunakan adalah betul.



Beri anak susu dari sebelah payu dara untuk satu-satu masa (masa penyusuan antara 20 hingga 30 minit) dan ganti dengan sebelah lagi untuk penyusuan seterusnya. Ini kerana susu badan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama mengandungi vitamin dan mineral, manakala bahagian kedua (juga dipanggil susu belakang) pula kaya lemak. Jadi menyusu anak dari payu dara sama, bermakna anda memberi susu yang banyak lemak kepadanya dan dia tidak mendapat vitamin serta mineral.



Payu Dara Bengkak dan Sakit



Jika baru melahirkan anak, masalah ini mungkin disebabkan tisu pada payu dara membengkak dan mengandungi banyak susu. Biasanya selepas beberapa bulan masalah ini disebabkan terlalu banyak susu. Untuk mengelak perkara ini, susu anak setiap 2 hingga 3 jam.



Sesetengah wanita mungkin mengalami kenaikan suhu badan yang menyebabkan mereka terasa seperti hampir demam. Jika anda mula bekerja, masalah ini boleh dielak dengan mengepam susu supaya ia boleh disimpan dan diberi kepada anak ketika anda tiada di rumah.



Jika terasa sakit, letak pek sejuk untuk mengurangkan kesakitan. Jika mahu gunakan pek panas juga boleh, tetapi dalam tempoh singkat kerana kepanasan boleh menyebabkan tisu menjadi lebih bengkak. Urut payu dara perlahan-lahan sebelum menyusukan anak boleh melancarkan aliran susu dan melembutkan payu dara.



Benjolan Lembut Pada Payudara



Biasanya ia disebabkan duktus yang mengalirkan susu tersumbat atau tersekat akibat kehadiran sel kulit atau susu. Apabila duktus ini penuh dan kembang, tisu payu dara yang berhampiran menjadi lembut. Antara tanda yang boleh dilihat ialah benjolan merah pada payu dara. Jika perkara ini berlarutan, bengkak menjadi bertambah besar.



Cara untuk mengatasinya ialah menyusu anak dengan kerap mengikut keperluannya. Mulakan penyusuan dengan payu dara yang alami bengkak dengan meletakkan bayi (pastikan hidungnya terkena payu dara anda) berhampiran bahagian bengkak. Cara ini dikatakan dapat melancarkan pengeluaran susu badan.



Jika masalah bengkak berulang pada payu dara sama, tukar posisi penyusuan dan elak memakai pakaian yang banyak memberi tekanan pada payu dara, termasuk baju dalam yang ada besi penyokong. Selain itu, urutan boleh mengurangkan masalah ini.



Pada masa sama, wanita perlu belajar beberapa posisi menyusukan bayi sama ada dengan mendakap anak (sambil duduk) atau menggunakan alat bantuan seperti bantal penyokong bagi mengelak si ibu mengalami masalah sakit pinggang.

Tuesday, July 5, 2011

so happy

ari ni scan baby dapat tau br 9 minggu....dapat tengok baby n jantung da ade,..syukur alhamdulillah........dijangka bersalin 9-2-2012....semoga semua berjalan lancar amin.....

Monday, July 4, 2011

nyampah

menyampah betol rasa ari nie.......semua nak marah je..ingat ak ni ape...xde perasaan ke?ingt tunggul,patung...tah la fed up la mcm nie...keje penat ingt nak hapy2 tp semua tinggal angan2 je.jgn harap la......tah la...lantak la mls nak pk......pk bnyk2 senak perut ak......kekeadang terpikir ak je rindu syg nak mesra tp DIA x pikir langsung ke tentang ak??xtau ke ak ni pregnant anak sape...xnak langsung bg perhatian...mcm ak ni terhegeh2 je nak kasih syg DIA...arghhh penat nak pk..baik diam je la org kalo da x nak x kan nak paksa2..lantak laa

mimpi ngeri.........

semalam tengah syok2 tengok citer cine le plak seekor tikus besar msk........ape lg menjerit sakan la sy dibuatnya......besar giler tikus tue...nasib suami n kwn dia tlg halau..puh lega nasib dpt halau tikus tue...lagi satu yg menyirapkn ati ni le plak suami sy bocorkan tilam angin...naik berangin jugak sy dibuatnya...nak x nak tido jugak la atas toto..adoi pagi2 sakit bdn...maklum la lama x tido atas toto lg...