Monday, October 31, 2011

antara suami dan ibu

hati ku mula bercelaru memikirkan hal ini ....antara suami da ibu mana yang penting......aku tau syurga ku kini di bwh tapak kaki suamiku tapi aku sgt berharap suami ku memahami perasaanku...ak rindu ibu...lama ak x jumpa ibu..ak nak jumpa ibu tapi ak takut suamiku berkecil hati menganggap ak lebihkan ibu ku tp ak x le tipu perasaan ak yg ak rindu ibu....tp nape suamiku x mengerti??
ssh sgt ke permintaan ku??ak x nak ibu kecil hati ngan ak.berdosa besar ak menjadi anak derhaka......tp kalo itu yang boleh memuaskan hati suami ku ak terpaksa terima..biar la ak ke neraka ...dan ak berharap semoga ak di neraka kelak ak dibesarkan sehingga sesiapa pon termasuk ibu atau suami ku xdpt msk neraka kerana biar la ak tanggug semua ni sorang2...ak sanggup....
kedua2nya ak sgt syg......Ya Allah bantulah hamba mu ini.....bagilah kekuatan pada hamba mu ini Ya Allah.......Amin..

Thursday, October 20, 2011

BILA PEREMPUAN MENANGIS

BILA PEREMPUAN MENANGIS

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

erti sebuah cinta

♥ ♥ ERTI SEBUAH CINTA SEJATI ♥ ♥ Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog merekaIsteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang! Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya. Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang! Isteri : Tak boleh beri bukt! i! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya ?? Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!” Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini : “Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. tapi, aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab yg zahir. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati…cukuplah sayang sebagai isteri abang dan kita sebagai hamba Allah sebagai sebabnya…” hmmm..jika begitu kisahnye untuk manusia,bagaimana dengan perasaan ‘cinta’ kita kepada yg Maha Esa? apekah kita cintakan Allah hanya kerana Dia telah memberikan kita tangan? atau sekadar die telah berikan kita anggota tubuh yg sempurna? tidak dinafikan,kita perlu mengangkat kesyukuran kepada Allah atas kurniaanNya itu, tapi bukanlah itu sebab utamanya…maka bagaimana sekiranya semua nikmat itu ditarek oleh Allah? adakah terhenti perasaan cinta kita kepada Allah pada saat itu? atau bagaimana dengan mereka2 yg tidak dikurniakan semua itu? cinta yg sejati lahir dari hati…bukanlah dari akal yg sentiasa lari

menarik

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.



waaa... mana isteri ku...



Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.



fuuu.. lega..



“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..



lelaki tu pun berfikir...



Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o

ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…



hahaha... takde yg nak marah ku...



Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...





Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.



Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???



ingat balik..



And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!



SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!



Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

terima ksih sygku

arini sy n suami berlaku selisih paham.....semua ni berpunca dr sy sendiri..syg sedar sape la syg ni pada honey kan....xpe la syg tengok honey pon lbh gembira bersama kwn2 lepas ni ape yg terjd pada syg syg da x risau ...syg tau ade yg boleh menggembirakan hati honey....sekarang ape yg syg mampu teruskan hidup bekerja cari duit untuk bayi kita n untuk honey....kalau syg xde pon sekurang2nya dapat ringankan tanggungjwb honeykan?? kalau la syg xde cr la pengganti yg lebih baik dari syg...syg sedar sape syg pade diri honey.terima kasih atas segala2 nya.....syg doakan honey gembira dengan ape yg honey buat....pada kwn2 suami sy terima kasih sebab dapat menghiburkan hati suami sy lebih dari sy sendiri...teruskan la usaha anda semua...sekurang2nya bile sy da x de nanti anda semua ada untuk gembira kan hati suami saya terima kasih atas segalanya.......

Monday, October 17, 2011

bubur kacang hijau

ari ni suamiku teragak nak mkn bubur kacang hijau.....
so sy try la buat......nak tau pe result ni dia.......


kecewanya...sy x pandai buat...warna dia jd itam pekat..suami ckp lebih gula merah....terus x de mood mlm nie...sian kt suami nak mkn...maafkan syg tau...syg x pandai buat bubur nie...sedey sesangat/.......

Wednesday, October 5, 2011

Syg honey sesangat

malam tadi kan xdapat tido coz tikus msk bilik suami sy sanggup balik umh tok halau tikus tue...so dapat la sy tido ngan lena......love u so much syg ku.

buku merah

alamak hari ni sedey tol....first time buku sy ade colour merah coz berat bdn trn...mkn da bnyk tp x tau la nape yea....apepon doktor advice soh mkn buah n protien lebih...yg bestnye td scan baby...doktor ckp baby ok sihat......next month 2/11/2011 ade temujanji ngan doktor....yg fenin ni sama tarihk ngan convo...pening pale pk ni.....huhuhu....mlm ni terpaksa overnight coz tikus msk bilik sy.....xle nak tido la....mcmana ni tanya adik ni yg dia bg tau..


hangin betul haihhhh........

mcmana nie......


sempat lagi upload pic terbaru sy ni..sudah nampak peryt kan.....huhuhu......

Sunday, October 2, 2011

risau la plak berat trn naik..xtetap...hrp2rabu ni check doktor semua ok...amin....