Monday, July 11, 2011

teknik penyusuan

Teknik Lekapan dan Penyusuan Susu Ibu.

Cara Merangsang Bayi Memulakan Penyusuan:
1.Dukung bayi dalam posisi yang selesa (rujuk posisi penyusuan ibu)
2.Sentuh pipi bayi agar dia berpaling pada payudara ibu
3.Sentuh bibir bayi dengan puting payudara agar dia mula membuka mulutnya dengan luas
4.Gerakkan badan bayi ke arah payudara ibu
5.Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola payudara
6.Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit bahagian bawah payudara ibu

Cara Mengampu Payudara:
1.Ampu payudara dalam keadaan Pegangan "C" (C-hold)
2.Ibu jari berada di atas payudara manakala jari-jari lain mengampu bahagian bawah payudara
3.Ampu dengan lembut, jangan memicit atau menekan payudara dengan kuat dalam keadaan ini

Teknik Lekapan Bayi:
1.Mulut bayi terbuka luas
2.Dagu bayi memcecah payudara
3.Bibir atas dan bawah melengkup keluar
4.Mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola
5.Pipi bayi menggelembung
6.Ada nada hisapan glup..glup.. hisap-telan-hisap-telan

Teknik lekapan dan penyusuan yang betul adalah penting kerana:
1.untuk mengelak kesakitan, luka atau melecet pada puting payudara ibu
2.memastikan bayi mendapat susu secukupnya dalam keadaan tenang
3.mengelakkan bayi meragam, putus asa dan keletihan
4.mengelakkan bengkak payudara ibu

Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM


0 comments: